Tuesday, May 6, 2014

Bagaimana membuat keputusan bekerja dari rumah?


Bagaimana membuat keputusan bekerja dari rumah?


Puan Alia Zahrah (bukan nama sebenar)
Boleh buat ulasan bagi seseorang yang sakit, terpaksa berhenti
 kerja kerana keadaan kesihatan yang sangat-sangat merosot, tetapi keadaan kewangan adalah tidak stabil, tetapi tidak ada pilihan lain. Macam mana ya?


Dalam kes di atas saya melihatkan keputusan yang diambil adalah berdasarkan situasi semasa. Ini juga sama dengan keputusan yang telah saya ambil dahulu. Situasinya berbeza, anak yang selalu tidak sihat.
Cumanya selepas itu barulah saya mengali info-info bekerja dari rumah. Dua tahun sebelum berhenti, saya sudah mula membuat persediaan awal, iaitu masih lagi dan akan meneruskan aktiviti menulis.


Situasi Puan Alia Zahrah


1. Terpaksa berhenti kerja kerana kesihatan merosot- Puan perlu mencari peluang menjana pendapatan yang baru dan pada masa yang saya perlu mengambil kira faktor kesihatan. Wang penting dan kesihatan juga sangat-sangat penting. Jadi usahakan sekarang fokus kepada jenis pendapatan yang tidak memberi kesan kepada kesihatan.


2. Kewangan tidak stabil- Umum mengetahui kerja dua orang lebih baik dari hasil seorang. Tetapi, Puan Alia masih ada suami untuk sumber yang pertama.


3.Tidak ada pilihan lain- Sekarang tidak ada pilihan lain, memang secara rasminya Alia bekerja dari rumah. Cari peluang yang boleh membantu jana pendapatan. Ini tidak mudah dan ia memang memberi cabaran besar kerana faktor kesihatan. Pun, begitu, kembali kepada Allah, diberikan sesuatu ujian dan hikmah yang mungkin kita tidak ketahui. Ujian kesakitan kerana Allah mahu Puan berehat di rumah dan ada lebih masa bersama keluarga.
Punca rezeki juga dari Allah, insya-allah tetapkan hati, rezeki ada di mana-mana. Gali semangat baru dan peluang baru. Mana tahukan rezeki yang akan datang lebih lumayan.

Dalam kes tertentu, persediaan 3 tahun awal untuk 3 tahun pertama berhenti kerja sangat penting. berikut senarai sebab, kalian sudah bersedia.

10 sebab sudah boleh buat keputusan bekerja dari rumah


1. Anda sudah ada sumber pendapatan pasif dan aktif secara tetap.

2. Boleh bekerja di bawah tekanan dan bersedia menghadapi apa sahaja risiko.

3. Mendapat sokongan sepenuhnya dari suami atau isteri untuk menghadapi masa di atas di bawah.

4. Mudah dan tajam tindakan apabila mendapat peluang baru.

5. Bijak mengatur strategi untuk kelangsungan bertahan.

6. Boleh dan pandai meletakkan diri pada masa sibuk, tidak sibuk dan super sibuk.

7. Kemahiran, rancang dan rancang semula jenis kerja atau bisnes.

8. Sudah sebati dengan cara kerja sendiri dan tidak perlu bergantung harap kepada orang lain.

9. Tidak ada istilah putus asa.

10. Seronok, apabila berada dalam keadaan sukar mendaki dan terus berusaha, apabila sudah sukses suka berkongsi kejayaan dan pengalaman dengan orang lain.

Apa beza suri rumah dan suri bekerja dari rumah.

Suri rumah sepenuh masa

Suri rumah sepenuh masa memberi tumpuan utama kepada keluarga semata-mata. Anak-anak, suami dan urusan rumah tangga. Jadi tiga keutamaan ini adalah tugasan yang menjadi keutamaan. Tidak melakukan apa-apa atau sebarang sumbangan kewangan kepada keluarga.

Suri bekerja dari rumah

Suri yang bekerja dari rumah adalah mereka yang menghasilkan pendapatan sama ada bekerja, mengusahakan bisnes, secara sambilan atau sepenuh masa. Peranan suri ini sama sama sibuknya dengan suri yang bekerja di luar rumah. Tugas yang dipikul adalah berganda dan memerlukan pengurusan masa yang baik.

Tanggapan masyarakat terhadap suri rumah

Bagi sesetengah pandangan, merasakan suri rumah adalah mereka yang tidak berpendidikan, terkongkong dan tidak memberi apa-apa sumbangan kepada masyarakat. Dunia hanyalah persekitaran keluarga dan anak-anak sahaja.

Tepis pandangan ini secara positif

Saya sudah mengenali dan menemui ramai suri rumah yang berpendidikan dan meletakkan jawatan sema-mata menumpukan kepada keluarga. Suri rumah kini semakin bijak, terbuka dan mempunyai pandangan yang lebih baik dalam menentukan hala tuju keluarga.

Baca naskah ini  www.janawangdirumah.com
sebagai rujukan utama sebelum memulakan usaha bekerja di rumah.

Monday, October 7, 2013

Panduan kesihatan dan kecantikan

Berpindah ke rumah baru, singgah ke sini http://masayuahmad.blogspot.com/

Monday, September 30, 2013

Mula Bisnes Butik Online Offline

Dapatkan naskah ini di sini: http://mulabisnesbutik.blogspot.com/

www.janawangdirumah.com

Dapatkan naskah ini di sini www.janawangdirumah.com

Saturday, September 21, 2013

Hamil, berpantang dan selepas bersalin mengekalkan amalan pemakan sunnah

Teks: Masayu Ahmad

Saya tertarik dengan artikel ini yang dikongsi sahabat fb


(1).  Peranan Kurma Pada Wanita Melahirkan, Nifas,  dan Menyusui
Dalam kurma terdapat hormon yang mirip dengan hormon oksitosin (hormon yang dihasilkan neurohipofisa, bekerja untuk merangsang kontraksi otot polos dinding rahim selama coitus dan melahirkan) yang membantu proses kelahiran. Caranya, hormon oksitosin tersebut menyatu dengan reseptornya memulai kontraksi otot yang teratur secara bertahap, sehingga menyebabkan perluasan leher rahim dan dari situ terjadilah proses kelahiran.
Setelah persalinan, hormon oksitosin juga bermanfaat untuk mengeringkan rahim, meningkatkan kontraksi otot ototnya yang terajut satu sama lain seperti jaring dan serat otot-otot yang tersebut berkontraksi sedemikian rupa sehingga menyempitkan celah-celah rajutan tersebut yang diantara matanya terdapat kantong darah lembut dan mengeluarkan darah. Hal ini menyebabkan berhentinya perdarahan secara bertahap.
Serat-serat pembuluh darah vena yang berada di sekitar saluran susu di payudara juga mengalami kontraksi, sehingga menjadikan derasnya air susu ketika saluran saluran ini beserta air susu yang dikandungnya mengalami kontraksi. Dari sana sempurnalah proses penyusuan anak.
Islam itu indah dan segalanya sudah lengkap sebagai rujukan. Bacaan lanjut boleh dapatkan di sini.

Thursday, May 16, 2013

Tips sihat cara Rasulullah

Teks: Masayu Ahmad

Sebaik-baik amalan, ialah meniru gaya hidup dan panduan kesihatan yang sudah pun dicatatkan dalam al-quran dan sudah diwarisi amalan dari Rasulullah s.a.w.

Berikut adalah amalan sunnah untuk menjaga kesihatan, untuk kesihatan rohani dan fizikal. Rasulullah sebaik-baik mentor atau teladan dalam amalan penjagaan diri dan kesihatan.

1. Bangun sebelum subuh

Sebaik-baik permulaan hari memulakan qiamullail atau bertahajud, menyampaikan hajat dan menyepikan diri untuk muhasabah, doa. Ia sebaik-baik permulaan hari. Mandi awal pagi, bertahajud dan terus sambung menunaikan solat subuh.

Jadi tidak ada alasan lagi bagi orang cemerlang yang berpagi-pagi ke arah kebaikan.

Antara hikmah dan manfaat, mendapat udara segar awal pagi mengelakkan pelbagai penyakit. Ia juga menguatkan mental dan fizikal untuk menyambung perjuangan dalam rutin harian.

2. Aktif menjaga kebersihan

Rasulullah sentiasa rapi dan bersih. Setiap Jumaat melakukan amalan bercukur, memotong kuku, menyikat rambut dna berwangi-wangian.

"Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi setiap orang-orang dewasa. Demikan pula menggosok gigi dan memakai wangi-wangian" (HR Muslim)

3. Makan sekadar perlu

Dalam tubuh manusia terdapat tiga ruang, satu pertiga untuk udara, satu pertiga untuk air dan satu pertiga lagi untuk makanan.

Bahkan, puasa bulan Ramadhan dan puasa sunat Isnin dan Khamis sebaik-baik amalan untuk menyeimbangka kesihatan tubuh.

Sabda Rasulullah:

"Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan)" (Muttafaq Alaih)

4. Gemar berjalan kaki
Rasulullah berjalan kaki ke masjid, mengunjungi sahabat, medah jihad, pasar dan sebagainya. Berjalan kaki menjadikan diri aktif, menlancarkan peredaran darah dan boleh berpeluh. Ini boleh mencegah pelbagai penyakit.

5. Sabar

Maksudnya tidak pemarah. Kekuatan dan hakikat kesihatan sangat berkait rapat emosi dan fizikal. Apabila seseorang menahan marah ia juga sedang menguatkan fizikal dan mental.

Cara untuk mengelakkan marah, apabila sedang berdiri maka duduk. Jika sedang dudu maka berbaring. Segera berwuduk. Solat doa rakaat untuk menghilangkan kegundahan hati.

6. Tidak putus asa dan optimis
Sentiasa positif, sabar, istiqamah, serta tawakkal kepada Allah s.w.t

7. Tidak iri hati

Buang segala perasaan dengki atau iri hati. Ia juga adalah toksin yang boleh meracun diri dalam keadaan tidak sedar. Perasaan negatif ini boleh membuatkan tubuh rasa letih, dan juga punca meransang pelbagai penyakit fizikal tanpa kita sedar.

Makan makanan sunnah
Jus kismis RM26+kurma maryami gred A RM52 1 kg+kismis RM35 1 kg



Friday, April 19, 2013

30 tips sihat hamil dan pantang

Sudah terbit miliki sekarang, untuk keterangan lanjut, singgah di sini
http://30tips-ibuhamil-pantang.blogspot.com/

RM30 sahaja

     Bab 1: Kehamilan
Bab 2 Diet dan penjagaan kesihatan/ pemakanan 
           semasa hamil

Bab 3: Persediaan Bersalin

Bab 4: Rutin Rawatan Kehamilan
      
Bab 5:  15 Tips Sihat Ketika Hamil

Bab 6: Rutin Rawatan Berpantang

Bab 7: Tips Sihat Amalan Berpatang

Bab 8:  Sesi Penenang Semasa Berpantang
      - Apa yang suami perlu praktikkan!

Bab 9: Rutin Penjagaan Bayi Dalam Pantang

Bab 10: Kembali Cergas & Sihat Selepas Pantang

Ebook Bonus: 20 Resipi Sihat 
Sesuai dihidangkan semasa hamil, semasa pantang dan   selepas pantang.


20 Resipi Sihat

1.  Ikan Tenggiri Kukus Istimewa
2. Tauhu Sayur Campur Sihat
3. Ayam Organik Masak Tomato
4. Bergedel Tempe
5. Sup Bebola Tauhu
6. Sup Bebola Tenggiri
7. Kailan Tumis Bertauhu
8. Bubur Nasi Ulam
9. Bubur Oat
10. Kuetiew Ayam Halian
12. Mee Supp Halia
13. Bubur Nasi Halia
14. Daging Masak Halia
15. Sayur Campur Goreng
16. Moi Saderi Pati Ikan Bilis
17. Tenggiri Masak Tauchu
18. Kerapu Stim
19. Siakap Ala Thai
20. Bawal istimewa

Sesuai semasa kehamilan dan, beberapa pilihan semasa pantang, juga diamalkan selepas habis pantang



20 Jus Segar & Sihat

1. Jus Epal & Limau Nipis
2. Jus Epal & Strawberry
3. Jus Betik & Limau
4. Smoothie Timun
5. Smoothie Lobak Merah
6. Jus Sengkuang
7. Jus Tembikai
8. Jus Lobak Merah
9. Jus Campuran Lobak Merah & Tomato
10. Jus Campuran Lobak Merah & Bayam
11. Jus Celery
12. Jus Timun
13. Jus Bit
14. Jus Bayam Segar
15. Shake Orange
16. Jus Tomato Segar
17. Air Halia Manis
18. Jus Lobak Merah & Saderi
19. Jus Asparagus Segar
20. Jus Campuran Lobak & Tembikai Susu